Ada masa dalam perjalanan hidup ni, saya sangka setiap cabaran datang dari perkara besar. Namun sangkaan saya jauh meleset. Rupa-rupanya, cabaran boleh datang dari perkara paling kecil yang saya sendiri tidak jangka ia boleh jadi penghalang.
Hari ini, saya sambung kerja seperti biasa. Nak kemas kini Walk The Vision kerana ada kerjasama baru dengan komuniti awam. Dah lama juga saya tidak dokumentasikan kisah perjalanan saya ini di sini. Rindu rasanya.
Saya duduk di hadapan skrin komputer riba dengan niat untuk sambung penulisan di Walk The Vision. Nak kemas, nak gerakkan, nak teruskan momentum. Ketang ketung jari saya menaip papan kekunci tiba-tiba eh? Akses tidak dapat masuk? Hmm. Saya terdiam.
Dalam dunia digital, itu bukan drama besar namun situasi ini cukup membuatkan saya termenung sebentar dan menggaru kepala yang tidak gatal. Sambil tu tersenyum kelat hampir pahit.
Saya cuba cara biasa dahulu, reset password melalui sistem website.
Seminit menjadi dua minit. Dua minit menjadi lima minit berjangkit pula ke tiga puluh minit. Email yang ditunggu tidak kunjung tiba. Aliran kerja berjalan diluar jangkaan.
Tidak boleh jadi ni. Bisik hati saya. Saya sedar, saya perlukan laluan lain.
Saya masuk lebih dalam ke tempat yang ramai orang tidak suka untuk datang jika tiada keperluan. phpMyAdmin.
Nasib baik maklumat akaun pengurusan hosting saya masih tersimpan kemas dalam email. Lepas log masuk, saya terus ke pHpMyAdmin. Di situ saya pilih database kemudian cari wp_user. Bila dah jumpa tu fuh lega bukan main. Saya terus pilih edit. Setelah saya imbas alamat website yang betul, saya terus pergi ke user_pass untuk edit tulis allien yang susah nak faham tu. Kemudian saya ganti dengan kata kunci yang baru.
Penting
Pilih drop down menu MD-5 di user_pass dan scroll bawah, cari butang go. Tekan dan tadaaa hidup saya kembali bersinar.
Akhirnya website saya kembali ke asal dan nah, ini hasilnya. Post saya yang pertama untuk harini iaitu tentang kunci dan jalan baru.
Semoga penulisan saya ini bermanfaat. Ingat, jika hilang kunci, cari pintu lain untuk pulang ke pangkal jalan.
Sekian
